Draf -Episod 1-

Terbaring longlai, matanya tepat merenung siling. Kepalanya serabut. Terlalu banyak perkara yang bermain di mindanya, terlalu banyak sehingga tidak dapat dileraikan. Fikirannya kini bagaikan gumpalan benang yang tidak mampu terlerai. Tuhan, apa lagi jalan keluar yang tersedia? dadanya sesak, Detak jantungnya sangat kuat dan laju. Melalui ritmanya, diagak 88 detak per minit.

Butir-butir air mata mula jatuh. Riak wajahnya masih kosong, namun air mata mula merembes tanpa henti. Beberapa ketika berlalu, esak tangisan mula kedengaran perlahan. 

Satu per satu tanggapan negatif mula menjengah benaknya. Ditayang silih berganti, makin laju dan laju sehingga semuanya bercampur menjadi satu bayangan yang kelam dan kejam. Bayangan yang menyesakkan dadanya dengan beribu sesalan dan persoalan. Menekan jiwanya dan berbisik padanya dia tidak lagi layak untuk hidup. 

" kau kawan yang teruk."
" you always be a burden to your family"
"you think you can do this? You are such a mess"
" trash"
" attention seeker!"
" no one wants you cause you are a terrible girl"
" stop with your obsesion! it so annoying!"

"DIAM! DIAM!" jiwanya menjerit. Dia meramas rambutnya, meringkuk.Tangisannya semakin laju. Dia berharap semuanya akan berhenti. Dia perlu berbuat sesuatu. Telefonnya dicapai, cuba mendail nombor seseorang.

" The number you have dial cannot be reached"

Dia buntu. Dia terasa lemas. Seakan ada yang menghimpitnya dan dia tercungap mengejar nafasnya.
Kata-kata itu berbisik lagi. Dia semakin tertekan. 

Dia pantas turun dari katil. Dia menggapai apa sahaja yang terdekat dan mencampakkan sekuat hati. Masalah tolong kau pergi! Namun kekusutannya masih tidak berhenti. Dia menumbuk dinding sekuat hati sambil merayu

" Tolong berhenti! Berhenti!" Dia berusaha sekuat mungkin mengusir kekusutannya yang menekan. 

Pang!

Cermin dinding yang tergantung jatuh. Pecah berderai. Dia berhenti menumbuk. Dia terduduk longlai bersandar ke dinding.Itu tak bermakna amarahnya sudah mereda, namun dia sudah penat dan buntu kerana jiwanya masih menjerit dan meronta. 

Kilauan serpihan kaca itu menarik pandangannya. tangannya mula menggapai  salah satu serpihan itu. Tanpa berfikir anjang, mata tajam serpihan kaca itu dibenam ke pergelangan tangannya. Darah mula mengalir , dan seakan-akan rembesan darah itu merembeskan gumpalan kekusutannya. Dia mula tenang, tangisannya berhenti. 

Wajahnya kembali kosong tidak berekspressi. Tatapannya tegak memandang kosong dinding bertentangan dengannya. Tangannya longlai, dibiarkan darah mengotori lantai. Himpitan di dadanya kian hilang, bisikan-bisikan sudah tidak ada lagi. 

Setelah beberapa ketika dia sudah mampu menstabilkan diri. Tangannya tersa sakit sekali. Dilihat luka yang mengalir. Darah tidak memancut laju, bermakna dia tidak terpotong arterinya. Benaman kaca itu juga tidak terlalu dalam. Dia menghela nafas dalam-dalam. 

" Apa yang kau buat ni Lisa? Get yourself up, no one cares about you."

Dia mengengsot ke almarinya. Dibuka dan dicarik kain bersih. Lukanya dilap, ditekan dan dibalut. Dia menoleh melihat waktu. Jam di atas meja menunjukkan jam 1.50 petang. Kelas petang akan bermula jam 2.30 petang.  Dia tahu dia harus ke kelas. Kalau tidak, rakan sebiliknya akan bertanya ke mana dia. Dia malas untuk menjawab dan berdalih. Fikirannya juga sudah tenang, dia rasa dia mampu lagi untuk ke kelas.

Dia bangun. Serpihan- serpihan kaca dikutip dan disapu. Lantai yang kotor dibersihkan dengan sabun supaya tidak ada kesan darah tersisa. Minyak wangi disembur untuk menutup bau darah. 

Bajunya ditukar kerana ada kesan darah turut terpalit. Baju lamanya dicuci cincai dan direndam. Pulang dari kelas petang baru dia akan membasuhnya.

Tepat jam 2.15 petang, dia sudah bersiap seperlunya untuk ke kelas. Ditenung wajanhnya di cermin di luar bilik sebelum bergerak ke kelas. Mujur wajahnya gelap, jadi tidak telalu ketara kesan menangis. Matanya agak bengkak, tapi kaca matanya mampu untuk menutupnya. 

Kerana sudah agak terlambat, Lisa terpaksa bergerak laju ke kelas. Kelasnya tidak jauh dengan hostel, lebih kurang 12 minit berjalan kaki sekiranya berjalan laju. 

Sepanjang berjalan tersa jantungnya mengepam begitu laju dan kuat lebih dari kebiasaan. Nafasnya sudah mula tecungap-cungap. Tangannya masih sakit, namun dia tak berani membuka sarung tangannya yang dipakai untuk menutup balutan luka tadi. Bimbang sekiranya ada yang perasan dan bertanya.

Ya, kalian pasti tertanya, mengapa dia masih mampu ke kelas sekiranya dia tertekan sebegitu sekali? Apa yang dia mampu jawab pada kalian?  Tidak ada gunanya dia menunjukkan kesedihan dia pada sesiapa. Siapa yang kisah? Parah lagi, temannya hanya akan mengusutkan lagi fikirannya. Jika dia tidak ke kelas, orang akan bertanya. Jika dia serabut dan kusut, orang akan bertanya. Tapi mereka bukan bertanya untuk kisah, mereka hanya ingin tahu. Masalah? Huh, lumrah pelajar perubatan tak akan pernah lari dari tekanan. Dia tidak mahu mereka nampak dia lemah. Kerana manusia hanya suka berbicara tapi tidak peduli. Setiap orang ada kisah mereka sendiri, dan masing-masing merasakan kisah mereka adalah bebanan paling teruk di dunia.

Kau dapat isinya? Tiada guna dia bicara dengan sesiapa. Titik. 

Jangan kau sarankan untuk bertemu pakar psikiatri. Dia belajar di hospital, akses untuk ke situ mudah sekali. Dia sudah cuba, tapi mereka tidak membantu malah menekan. Tak perlu dicerita panjang di sini, kelak kau akan tahu juga.

Mari kembali ke Lisa, yang sudah sampai di pintu dewan kuliahnya. 

Namun ada yang tidak kena, tubunya terasa lemah sekali. Jantungnya begitu kuat dan laju berdetak, dia mampu merasakan detaknya. Dia cuba untuk menolak pintu namun terasa berat sekali.

" Hey Lisa, kau okay? Kau nampak pucat" Amri yang baru tiba mengeur. Lisa hanya tersenyum dan menggeleng. Di ketepi memberi ruang kepada Amri untuk membuka pintu. Amri menolong menahan pintu, memberi laluan Lisa untuk masuk. 

Lisa menapak perlahan. Dia mula memanjat tangga dewan kuliah untuk ke tempat duduknya. Namun pandangannya mula berpinar. Dia mula hilang keseimbangan. Pemegang tangga digapainya. Oh tidak, sarung tangannya sudah basah dengan darah. Ternyata darahnya tadi belum berhenti. 

Perlahan-lahan, pandangannya mula kelam dan gelap. Lisa terjelepuk tidak sedarkan diri mengundang kaget seisi dewan.



    





Comments

Popular Posts