Unachievable Dream?
Petang yang redup, dan sunyi.
4.17 petang.
Gundah bertamu lagi di hati. Air mata merembes lagi tanpa mampu terluah maksudnya. Ah, mata, berhenti mengeluarkan cairanmu. Hati, kataknlah apa lagi yang kau gundah!
" Arch sketch of school building"
1000+ lakaran bangunan sekolah terpampamg. Huh, keluh sahaja kedengaran.
Indah. Indah sekali bangunan2 ini. Indah sekali andai ia direalisasi. Aku, unambitious, dan aku akuinya. ini bukan yang aku mahu, tapi andai kau tanya "lantas apa yang kau ingin kerjakan?" aku tak mampu menjawabnya. Pernah satu ketika aku ingin menjadi engineer, tapi itu juga mustahil dengan matematik dan fizik aku yang agak lemah.
Tapi, ada satu impian yang aku simpan sejak 2 tahun yang lalu.
satu angan-angan yang langsung tidak ada kaitan mahu seliratan dengan apa yang aku sedang pelajari sekarang.
I want to build a school.no, not just a school. An educational company which consist of educational institution from the kindergarten to the university.
How come, a doctor, with a school?
That's it, an unachievable dream.
***** High School.
Melayu ini sering dikaitkan dengan pemikirannya yang sempit, adab dan budaya yang kian hilang diganti budaya negatif yang kian sebati sehingga menjadi frasa yang dominan.
Janji Melayu,
Typical malay,
Melayu yang mundur?
Aku bukanlah pakar sejarah. Menelaah kitab teks sejarah tingkatan 4 dan 5 di bangku sekolah juga dulu aku tidak mampu. Tapi aku tahu, gemilangnya peradaban melayu satu ketika dahulu. Golden Land, itu satu jolokan untuk tanah melayu berbad abad yang lalu. Maka itu, bukan salah gen melayu yang mencorakkan melayu kini. Melayu ada potensi. Malaysia, pasti mampu berdiri!
Dan dari situlah aku memasang nawaitu dan angan angan, kerana aku adalah generasi yang hancur itu. Jika aku tidak mampu berrbakti terus kepada negara, mengapa tidak aku melahirkan insan yang mampu memandu Malaysia manjadi negara terpencil yang maju dan pantas dihujani modenisasi seiring negara-negara metropolitan yang lain. Jepun satu ketika dahulu juga seperti tanah melayu, tidak punya apa-apa. Namun aku kagumi peradaban mereka, yang akhirnya mereka kini menjadi simbol peradaban dan permodenan yang seirig.
Akan kubina berdikit-dikit, satu institusi yang mampu mengubah peradaban melayu. Budaya jepun yang sangat berdisiplin akanku asimilasikan dalam model pembelajaran di institusi itu.
4.42 petang.
Hasanah pun sudah terjaga. Biarlah angan-anganku sampai ini sahaja. Air mata juga sudah kering. Terasa hati sudah lega kerna isinya sudah mampu diluah.
Comments
Post a Comment